LZSGOC Menyinar di MIHAS@Dubai 2024: Langkah Ke Pasaran Halal Global

Legasi Z Sufi Group of Co (LZSGOC) telah mencatatkan sejarah baharu apabila menyertai MIHAS@Dubai 2024 dari 18 hingga 20 November. Bersama 215 syarikat Malaysia lain, LZSGOC mengambil peluang memperkenalkan produk dan inovasi ke pasaran global melalui platform berprestij ini.

Dengan tema memperkukuh diplomasi halal dan memacu ekonomi negara, penyertaan ini menjadi langkah penting dalam merebut peluang dalam pasaran halal global yang dianggarkan bernilai USD5 trilion menjelang 2030.

Delegasi LZSGOC, diketuai Pengarah Puan Suhaila Abdul Kadir, turut mendapat penghormatan bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Duta Malaysia ke UAE Datuk Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, dan ADUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.

Langkah strategik ini menandakan komitmen LZSGOC untuk terus mendukung usaha negara dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi halal dunia.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *